
rifadh1712
5 tahun
Kepala belah kanan kerap berdenyut
Hai… Sy ign bertanya berkaitan kepala sy… Sy kerap mengalami kepala berdenyut di sebelah kanan…seakan ada benda berjalan… Kdg2 ianya menganggu sy kerana tidak selesa… Dan juga sy kerap berasa sakit di bahagian bahu…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kepala berdenyut dan sakit dibahagian bahu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tertekan dengan persekitaran
- masalah saraf
- masalah otot tegang/ kejang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.