
Sulit
5 tahun
Kepala berdenyut sebelah kiri kepala
Saya berumur 27 tahun dan mengalami sakit kepala berdenyut sebelah kiri belakang hampir 4 hari. Sy ade migrain & pernah kena vertigo sekali. Sy pergi klinik doctor bg ponstan & ubt tahan sakit which bedeyut still masih ada. Simptom sy rasa sepanjang sakit kepala ni loya & tengkuk belakang rasa sakit. Adakah normal utk rasa sakit kepala berdenyut ni doctor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder.
Sakit kepala primer merangkumi migrain, sakit kepala cluster, dan sakit kepala ketegangan.
Sakit kepala ketegangan adalah bentuk sakit kepala utama yang paling biasa.
Manakalah, Sakit kepala sekunder adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- barah otak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.