ieyrachachos
6 tahun
Kepala berdeyut di bahagian kiri
Saya wanita berumur 21 tahun. Kepala saya start berdenyut hari ahad malam dan berterusan sampai sekarang.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kepala berdenyut adalah terma am dan selalunya merujuk kepada sakit kepala berdenyut.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit kepala yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Penggunaan ubat tahan sakit yang kerap (“rebound headache”)
- Migrain
- Kekurangan minum air
- Kesan pil perancang
- Resdung
- Penyakit-penyakit endokrin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































