
Anonymous
5 tahun
Kepala berpusing, sakit tengkuk, sakit belakang kepala dan sakit sendi
Saya pengidap darah tinggi keturunan dan pernh operate kepala sbb pendarahan dlm otak 3 tahun lalu… Doc ambil air tulang belakang utk mgetahui punca sakit saya. Sejak itu badan saya sakit2, sendi tegang, tengkuk berat dan belakang kepala sakit seperti di tusuk2. Penglihatan sy kabur dan kadg2 kepala berpusing. Apa sebab itu doc? Pernah ketika kecil umur 4thn, sy tiba2 pengsan n masuk icu, koma. Demam panas yg serius mybbkn sy hilang pendengaran. Masa tu doc amek air tulang belakang juga sbb demam sy blarutan. Diharapkn doc dpt beritahu apa sbb sakit saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, gejala-gejala yang anda alami mungkin disebabkan oleh kesan sampingan dari pengambilan air tulang belakang/ lumbar puncture itu sendiri. Saya sarankan untuk anda segera membawa masalah ini kepada doktor yang merawat anda untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.