amirrulazwan11
6 tahun
Kepala kerap rasa kebas dan pening
Hi doktor, kebelakangan ni saya kerap rasa kebas di seluruh kepala dan ia pening berpusing tapi sakit nya jarang. Tambahan pula saya juga kerap rasa sesak nafas di bahagian dada… Takut nak jumpa doktor, boleh doktor terangkan tak sakit ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, maklumat yang anda berikan tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi. Rasa berpusing boleh disebabkan oleh masalah di dalam telinga seperti vertigo atau masalah saraf yang menyebabkan anda hilang keseimbangan. Sesak nafas pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti masalah jangkitan saluran pernafasan, masalah otot dada atau masalah gemuruh atau anxiety.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































