
Sulit
3 tahun
Kepala & penglihatan terasa melayang serta tekak terasa loya
Saya sudah lebih kurang seminggu terasa telinga & kepala berdengung ,pendengaran Rasa bergema.semalam 25/8/21 saya telah divaksin untuk dos ke 2 sinovac,selepas 1 jam suntikan vaksin saya cuma dapat Rasa lengan Kiri saya terasa kebas & kesan kebas Tu tidak lama.sehingga ke jam 5@6pm ketika saya sedang duduk menghadap hp secara tiba2 kepala & penglihatan saya terasa melayang & tak lama selepas itu tekak saya pun berasa loya…saya Rasa tidak mampu berjalan & berdiri lama disebabkan kepala & penglihatan saya melayang…keadaan ini saya Masih Rasa hingga sekarang,cuma tidak seteruk petang semalam cuma kekadang Rasa melayang Tu kadang hilang kadang datang … kemusykilan saya apakah sebab saya mengalami keadaan ini Adalah disebabkan tindak Balas suntikan vaksin…saya harap doc dapat membantu memberi jawapan? Sekian terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Mengikut penerangan anda, simptom-simptom yang dialami oleh anda adalah konsisten dengan kesan sampingan vaksin. Vaksin tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk memberi imuniti terhadap penyakit covid. Oleh itu, ia boleh menyebabkan gejala yang anda alami. Ketidakseimbangan ini mungkin kerana masalah telinga dalam.Terdapat beberapa masalah telinga yang boleh memberikan masalah sebegini. Anda disarankan untuk bercakap dengan pakar ENT melalui atas talian agar anda dapat diperiksa serta diberikan diagnosis yang betul.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini