
Sulit
4 tahun
Kepala pening berdenyut2
Sye umr 30thn…kdang2 sye bnyk berfikir…dan kepale sye selalu pening…tetapi bila sye rehat 1hri pening sye hilng

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ini sangan lazim dan kebiasaannya ia tidak merujuk kepada masalah yang serius melainkan gejala anda disertai dengan gejala seperti:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Saya nasihatkan untuk anda mengamalkan langkah seperti di bawah untuk mengurangkan kekerapan sakit kepala anda.
- Memastikan anda mendapatkan hidrasi yang mencukupi dengan meminum air kosong secukupnya
- Kurangkan melihat skrim talefon, komputer serta TV
- Amalkan diet yang seimbang
- Ambil ubat paracetamol bagi mengurangkan sakit serta berehat
- Sekiranya berterusan, dapatkan pemeriksaa mata
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.