Sulit
6 tahun
Kepala pening dan melayang
Saya remaja berusia 18 tahun, saya berasa pening dan melayang2 apabila baru baik daripada sakit muntah2 dan cirit birit tempoh hari, tempoh hari saya disahkan food poisoning dan sekarang sudah tiada tetapi kepala saya menjadi pening dan seperti melayang2 , harap doktor dapat jelaskan kenapa ya … lebih 5 hari kepala saya pening dan rasa melayang2 mcm ni kadang2 tangam jadi seperti lemah nak pegang sesuatu
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jika anda kemalangan, anda seharusnya terus ke hospital bagi memastikan tiada kecederaan dalaman atau tambahan. Anda dinasihatkan untuk terus ke hospital dan ceritakan permasalahan anda agar tindakan lanjut boleh diambil. Setiap kali kemalangan, terutamanya kemalangan jalan raya, terus berjumpa doktor dan jangan merasakan kecederaan anda kecil kerana mungkin ianya membahayakan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Kurang gula dalam darah
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Jika masalah anda berterusan, teruslah berjumpa doktor.
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































