Sulit
2 tahun
Kepala rasa kembang/ditekan
Saya wanita berumur 23 tahun. Sejak 4hari lepas,kepala saya rasa kembang dan rasa ditekan tapi tidak sakit. Ia hanya rasa tidak selesa dan hanya datang rasa itu sekejap sekejap sahaja. Apakah masalah yg saya hadapi ini doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami sakit kepala dan seakan kepala anda mengembang. Kami akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda, sakit kepala boleh berpunca daripada pelbagai penyakit. Antaranya ialah:
- Migrain
- Sakit kepala tension atau cluster
- Jangkitan pada otak
- Kenaikan tekanan dalam kranium
- Strok
- Ketumbuhan pada otak
Sebagaimana senarai di atas, ini hanyalah diagnosis umum. Rawatan atau diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala
Kami cadangkan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kesihatan kami. Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.