
Sulit
3 tahun
Kepala rasa sakit dan kebas secara tiba tiba
saya perempuan berusia 16 tahun.Beberapa hari ni saya kerap sakit kepala secara tiba tiba,sakit kepala itu bukan sakit kepala biasa.Ia terasa kebas dan sakit di bahagian atas pada tengah kepala dan belakang kepala.Apabila saya urut urut di kepala saya akan sendawa.Adakah itu adalah angin di kepala atau penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Stres
- Kurang tidur
- Migrain.
- Alergi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.