
Sulit
4 tahun
Kepala rasa terawang-awang
Hai. Saya nak tanya. Dalam seminggu dua ni, saya rasa seperti terawang2, dan kepala rasa berat satu arah, rasa berat kebelakang. Kadang2 terasa loya. Saya tak selesa keadaan saya di mana saya selalu rasa tak stabil. Saya pernah kena vertigo tapi 4 tahun lepas. Adakah masalah sama berulang? And saya juga ada darah rendah. Selalu range blood pressure dlm 95-110. Adakah ia salah satu sebab? Perlu ke saya buat further check?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- tekanan darah rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.