
Sulit
3 tahun
Kepala sakit apabila menunduk
Hai doktor.
Beberapa hari ni kepala saya rasa sakit apabila saya tunduk dan semasa saya hendak baring. Kepala rasa berdenyut dan sakit. Tangan kiri saya juga rasa sakit dan lenguh. Kadang-kadang rasa seperti dihempap. Saya takde angkat barang berat dan sebagainya. Tangan saya rasa okay sikit bila saya bengkok kan nya.
Haritu tengah2 belakang leher saya terhentak bucu meja dan masih sakit.
Adakah ini salah satu punca saya sakit diatas? Atau sebab lain.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala sakit kepala serta kesakitan dan lenguh pada tangan kiri. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Posisi salah ketika tidur
- Kesilapan postur badan
- Kecederaan pada tengkuk
Namun ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- Rheumatoid arthritis
- Herniated disc
- Masalah pada pengaliran darah
Oleh itu, kami sarankan anda untuk menghubungi doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor