
Sulit
4 tahun
Kepala sakit terutama pinggang dan cirit-birit, muntah-muntah
Saya mengalami sakit kepala dan badan terutama pinggang dan cirit-birit. Petang semalam saya ada makan pil perancang untuk pertama kalinya. Lepas tu dalam pukul 8 macam tu badan mula sakit terutama pinggang. Adakah ni efek dari pil perancang atau sebaliknya

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kesan sampingan pil perancang yang anda ambil
- Jangkitan pada saluran pundi kencing (UTI)
- Batu pada saluran pundi kencing
- Keracunan makanan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.