
jiahmudzaffar
6 tahun
Kepala Terasa Berat, Pusing, dan Nak muntah
Saya seorang perempuan berumur 18 tahun. Saya akan minum coffee boleh dikatakan setiap hari. Saya sering hadapi pening kepala dan badan saya selalu rasa letih dan tak bermaya. Semalam, kepala saya terasa sangat sangat berat & kepala saya pusing & terasa nak muntah muntah. Saya cuba tidur tetapi tidak boleh kerana kepala saya berdenyut kuat. Saya dalam kategori tekanan darah rendah ke doktor?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Minum minuman berkafin seperti kopi boleh menyebabkan pening kepala dan sukar tidur.
Namun begitu, masalah yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh:
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula
- Stress
- Keletihan
- Tekanan emosi
Saya sarankan agar anda kurangkan pengambilan kopi dan banyakkan rehat serta minum air masak dan makan makanan seimbang. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi bagi mengatasi masalah yang anda hadapi serta mengetahui puncanya yang sebenar. Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi dan ubatan anda adalah percuma. Terima kasih.