
Anonymous
5 tahun
Kepala terasa kebas dan mata sebelah kanan
Bari terasa dari tengah hari kepala sebelah kanan sakit. Petang dh hilang sakit kepala tetapi mata kanan susah nk bukak mcm kena paksa macam terasa bengkak sebelahah kepala kanan. Fizikal nampak elok.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala-gejala yang anda sebutkan mungkin berpunca daripada:
- Migrain
- Sakit kepala sekunder (disebabkan oleh masalah struktur dalaman kepala) seperti:
- Pendarahan dalaman kepala
- Jangkitan otak/selaput otak
- Ketumbuhan
- Bell’s Palsy
- Strok mini
Sekiranya masalah ini berlanjutan atau semakin serius anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.