
Sulit
4 tahun
Kepale sebelah kiri rasa kebas
Saya umur 27tahun. Saya nak tanya kepala saya kadang2 kerap rasa kebas… saya pernah main futsal kepala saya pernah terhentak…boleh sya tahu apa kenapa kepala saya rasa kebas

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kepala kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- migrain
- giant cell artritis (keradangan saluran darah)
- trigeminal neuralgia (masalah saraf)
- strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.