
Sulit
3 tahun
Keperluan membuat swab test
Saya ada rakan sekerja yg menjadi CC1 kepada peaskit covid. Test pertama 1hb 6 kawan saya negetif.tapi pada 10hb 6 kawan sy positif. Saya dan die ada duduk serumah selama 3 hari daripada 27hb hingga 29hb.tetapi sepanjang kuarantin, kawan saya duduk dirumah lain.perlu kah saya melaku kan swab test?sbb sy ada mengalami gejala sakit2 badan dan otot serta sakit kepala sekitar 3hb hingga 10hb.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami situasi di mana rakan anda kontak rapat kepada kes COVID-19 dan ingin mengetahui jika anda perlu melakukan ujian saringan.
Untuk pengetahuan anda, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Gejala sedemikian juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain dan memerlukan pemerhatian doktor sebelum kesimpulan dibuat.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Disebabkan anda merupakan kontak rapat kepada rakan anda, anda disarakan untuk mengambil ujian saringan.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini atau menjalani ujian saringan sendiri untuk kepastian.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk membuat ujian saringan COVID-19 di rumah, secara pandu lalu atau di klinik.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini