
Sulit
4 tahun
Keperluan Ujian Covid-19
Rakan sepejebat isteri saya adalah kontak P1 Covid-19.
Ini menjadikan isteri saya sebagai P3 .
Adakah isteri saya perlu melakukan ujian Covid-19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berkenaan dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi berdasarkan maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami.
Berdasarkan penerangan anda, selain kuarantin, P2 disarankan untuk ke hospital bagi ujian COVID-19 sekiranya dia belum. Berikut merupakan senarai hospital untuk tujuan tersebut: Designated Hospital for COVID-19.
Manakala, P3 amat digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah. Sekiranya P2 ada melakukan ujian COVID-19 dan keputusan menunjukkan positif, amat disarankan untuk P3 turut melakukan ujian COVID-19. Sekiranya mereka mengalami gejala seperti berikut, digalakkan untuk ke hospital.
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda semua mengamalkan social distancing serta langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik pada link ini untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini