Sulit
2 tahun
Keperluan untuk Covid-19 swab test kali kedua
Officemate saya positive covid pada 2/7/2021. Saya telah pergi swab pada 5/7/2021 dan disahkan negative. Kali terakhir saya berjumpa dgn rakan2 office adalah pada 2/7/2021.
Soalannya, perlukah saya membuat swab kali ke-2? Sepanjang bberapa hari ni saya tidak menghidap apa2 symptom.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM menyarankan ujian Covid-19 hanya dijalankan atas individu kontak rapat yang bergejala sahaja. Memandangkan anda tidak mempunyai sebarang gejala, anda hanya perlu menjalankan kuarantin di rumah dan memantau tahap kesihatan anda sepanjang tempoh kuarantin anda. Sekiranya semasa kuarantin anda telah bergejala, sila laporkan kepada petugas kesihatan untuk bantuan lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini