Sulit
5 tahun
Keperluan untuk self-quarantine selepas hadir kenduri
Seorang sahabat saya menghadiri majlis kenduri diutara. Apa yang perlu beliau lakukan setelah pulang dari menghadiri majlis tersebut? Perlukah beliau melakukan home kuarantin selama 14 hari selepas pulang. Mohon pencerahan.
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19.
Kuarantin biasanya diberikan kepada sesiapa yang mempunyai gejala COVID19 selepas pulang dari negara berisiko tinggi selama 14 hari. Buat masa ini, tiada halangan untuk meneruskan perjalanan dalam negara. Maka, tiada keperluan untuk kuarantin selepas menghadiri majlis kenduri.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































