
Sulit
4 tahun
Keputihan ketika mengandung,adakah normal?
Hi,doc! Adakah normal keluar keputihan berwarna brownish / pink cair ketika awal mengandung? Saya baru 6weeks of pregnancy. Biasanya berapa lama keputihan brownish tersebut? Adakah sepanjang tempoh hamil atau utk 1st trimester sahaja?tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, cecair keputihan bewarna coklat ini adalah petanda yang normal. Warna coklat pada cecair keputihan datang daripada darah yang lama di dalam rahim. Peningkatan hormon ketika hamil secara mendadak juga boleh meningkatan aliran darah dan pangkal rahim akan menjadi lebih sensitif.
Melakukan hubungan seks dan pemeriksaan pelvik boleh buat pangkal rahim mudah terluka dan boleh menyebabkan cecair yang keluar menjadi warna coklat kerana terkena darah.
Cecair keputihan (leucorrhea) yang keluar sewaktu hamil adalah perkara yang normal dan cecair ini akan keluar sepanjang kehamilan dan akan meningkat pada bulan-bulan terakhir kehamilan. Cecair ini berciri-cirikan sebagai cair, jelas, keputihan dan berbau sedikit.
Namun jika anda mempunyai ciri-ciri cecair seperti ini, anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera:
- cecair bewarna hijau, kuning atau kelabu
- bau busuk yang kuat
- bahagian kelamin anda menjadi gatal, merah dan bengkak
Anda juga perlu segera ke klinik jika cecair yang keluar bewarna merah cerah. Ini adalah tanda yang serius dan perlu dirawat dengan segera. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.