
Anonymous
5 tahun
Keputusan darah ALT bayi tinggi
Anak saya berusia 40 hari (prolonged jaundice) baru2 ni ada buat test darah LFT utk lihat sama ada masih jaundice atau tidak…selepas itu didapati ALT anak saya tinggi…saya perlu membawa anak sy utk berjumpa doktor lagi 3 minggu dan perlu repeat ambil darah 3 hari sblm…soalan sy…ALT tinggi boleh menyebabkan apa? Adakah cara utk turunkan ALT utk ank sy? Adakah merbahaya jika ALT tinggi? Dan ada tak rawatan utk penyakit dr ALT yg tinggi itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Penyebab jaundice pada bayi
- Bilirubin yang berlebihan dalam darah mereka . Hal ini kerana organ hati masih belum dapat berfungsi dengan sempurna untuk membantu membuangkan bilirubin berlebihan dalam badan. Selain itu, masalah jaundice ini dipanggil jaundice fisiologikal. Ini selalunya akan berlaku 24 jam selepas bayi dilahirkan. Ianya akan beransur pulih biasanya dalam masa seminggu ke dua minggu.
- Jaundice susu ibu . Hal ini kerana bayi tidak mendapat susu ibu yang mencukupi lalu mendatangkan masalah jaundice ini. Jadi, sebagai penyelesaian bayi tersebut haruslah diberikan susu ibu secara lebih konsisten supaya dapat meredakan keadaan tersebut. Dalam bahasa Inggeris terdapat dua istilah yang hampir sama iaitu ‘breast milk jaundice’ dan ‘breastfeeding jaundice’. Artikel ini merujuk kepada istilah ‘breastfeeding jaundice’.
- Seterusnya, bayi tersebut juga akan mempunyai masalah ini sekiranya mereka memiliki masalah dalam sistem penghadaman mereka . Hal ini kerana apabila sistem penghadaman mereka bermasalah maka ianya akan mendorong bilirubin untuk berkumpul secara berlebihan dalam darah dan tidak dapat dihadamkan.
- Masalah demam kuning ini juga akan wujud apabila didapati ibu dan anak memiliki kumpulan darah ‘rhesus’ yang berlainan . Hal ini sememangnya sangat bahaya dan harus di periksa dengan teliti dan mengambil langkah-langkah pencegahan dengan betul supaya dapat mengelakkan masalah yang tidak diingini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.