
Sulit
3 tahun
Keputusan Rapid Test berubah
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Pagi pukul 8:30pg saya telah membuat saringan covid menggunakan Antigen Rapid Test… Keputusan awal sy nampak satu line bermaksud negatif… Setelah hampir 8 jam sy lihat semula rapid test tersebut berubah menjadi 2 line… Adakah ini bermaksud keputusan sebenar sy adalah positif?

3 tahun
Walaikumussalam dan Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengambil kit ujian kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan negatif yang bertukar kepada positif selepas beberapa jam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, cara penggunaan kit ujian kendiri adalah seperti berikut :
- Membaca arahan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dengan teliti
- Memeriksa dan memastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 adalah lengkap, tidak
melepasi tarikh luput dan tidak rosak. - Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi
silang. - Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai
pengudaraan yang baik. - Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti
yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit). - Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri COVID-19 dengan cermat
mengikut arahan kit. - Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti
yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak
tepat.
Kemungkinan besar keputusan ujian selepas 8 jam adalah tidak tepat. Sekiranya anda risau, anda boleh mengulangi ujian tersebut sekali lagi. Anda boleh menghubungi doktor kami jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini