
Sulit
4 tahun
Keputusan ujian covid lewat ? Apa yg perlu sy lakukan dan siapa yg saya harus hubungi?
Hai doktor…apa yang perlu saya lakukan sekiranya keputusan ujian covid saya belum keluarkan dalam tempoh 3 hari…kerana semasa saya membuat ujian tu doktor cuma berikan MC selama 3 hari sahaja.adakah saya boleh terus pergi kerja tanpa perlu tunggu keputusan ujian covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami pada masa ini terutama pada musim wabak COVID-19. Untuk maklumat anda, sekiranya anda tidak dihubungi berkenaan keputusan ujian anda, anda boleh menghubungi klinik di mana anda membuat ujian tersebut untuk semakan status anda.
Ingin kami tekankan bahawa anda tidak digalakkan untuk keluar ke mana-mana selagi keputusan ujian anda tidak diketahui kerana bimbang terdapat peluang anda mempunyai keputusan positif dan anda menyebarkannya tanpa diketahui oleh diri anda sendiri. Saranan kami adalah anda perlu kuarantin dan menunggu keputusan ujian tersebut terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini