
Anonymous
6 tahun
Keputusan upt ada yg positif dan negative
Saya wanita umur 31thn…almost 2 weeks tk dtg period…previously saya ada check UPt gave me positive result…tapi line yg satu lagi tak terang sgt…another day with different type of UPT test, i check lagi tapi negative pula…so im confiused samada sya preggy atau tak… But lately always kena gastrict and sometimes cramp below my stomach…and now im suffer with back pain and headache…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Hasil bergantung kepada jenis ujian yang puan gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan puan. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah puan. Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian darah biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital. HPT boleh dilakukan sendiri di rumah. Sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid puan dijangka tiba.
Jika puan membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan puan tidak hamil walaupun sebenarnya puan hamil, boleh membuatkan puan tertekan. Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid puan biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas puan mengovulasi. Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Puan mungkin tidak hamil. Atau, puan mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang puan jangkakan dan kehamilan puan tidak selanjut yang puan fikirkan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan puan, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih