
babyhaziqah
4 tahun
Keraguan contact lens dari Korea pada musim Cov-19
Hi dr. Saya ada beli contact lens dari kedai optic yg berdaftar baru-baru ini dan saya mendapati kedai itu ambil contact lens direct dari Korea.
Jadi, saya risau untuk menggunakan contact lens tersebut kerana khuatir virus mungkin boleh ada dalam bungkusan atau pada contact lens.
Pada pendapat doktor, adakah ianya masih selamat untuk dipakai? Mohon penjelasan terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, virus ini boleh tersebar dari manusia ke manusia melalui cara berikut:
Bersin ataupun batuk.
Rembesan cecair daripada badan seperti hingus.
Sentuhan seperti bersalaman.
Sentuhan terhadap barangan seperti tombol pintu yang telah dicemari virus.
Terkena najis yang telah dijangkiti virus ini.
Oleh itu, pada pendapat saya, contact lens tersebut masih selamat dipakai. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh membersihkan dahulu bungkusan tersebut dan mencuci contact lens dengan air untuk mecuci contact lens tersebut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini