
Sulit
5 tahun
Keraguan Period Ataupun Masalah Lain
Pada 4 hari lepas, slpas brsama dgn suami sy dapati byk darah yg kluar dn megalir dgn byk. Tdk lama lpas itu, kluar satu gumpalan darah yg besar dan sy panik. Slpas itu, sy cpt2 memakai pad krn sy fikir itu period. Keesokkan harinya, sy dapati darah berkurang dn lpas sy membuang air sy dapati keluar lg gumpalan darah itu. Slpas kejadian itu, sy sllu skit pinggang, sakit belakang dn smpai ke harini sakit itu masih terasa. Sy masih belum pergi ke klinik krn sy keliru dgn apa yg terjadi skrng.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- haid berlebihan
- keguguran
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah anda. Hubungi kami untuk bercakap dengan doktor atas talian agar anda boleh mengurangkan risiko jangkitan COVID jika anda mengunjungi klinik secara fizikal. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.