
roseeleee94
3 tahun
Kerak kepala bayi usia 2 bulan
Kerak kepala bayi timbul pada usia 2 bulan ? cara mengatasinya bagaimana ? dan apa sebab iya berlaku ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda sekeluarga berkenaan masalah timbul kerak kepala pada bayi anda yang berusia 2 bulan.
Umumnya kerak kepala pada bayi atau bahasa inggerisnya Infantile seborrheic dermatitis atau cradle cap, menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala yang boleh berpunca dari pelbagai faktor
Antara gejala yang sering ditemukan bagi gangguan ini termasuk
- Kerak halus atau kerak tebal di kulit kepala
- Kulit berminyak atau kering ditutup dengan sisik putih atau kuningan
- Kulit mengelupas
- Ruam yang ringan
Namun gejala-gejala tersebut juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti
- Psoriasis
- Dermatitis
- Alahan kulit yang kronik
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.