
faramila.yahya
5 tahun
Kerap buang air besar
anak saya berusia tiga tahun. adakah normal bagi seseorang budak terus membuang selepas makan? tiap kali dia makan, dia akan terus membuang. adakah saya perlu bawa ke klinik? akan tetapi anak saya tiada tanda2 sakit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ianya adalah normal untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa membuang air besar sejurus selepas makan. Perkara ini berlaku kerana refleks perut yang dikenali sebagai gastro-colic reflex. Sekiranya anak anda kerap mengalami cirit-birit dan sakit perut, maka pemeriksaan lanjut adalah diperlukan bagi megenalpasti diagnosis yang tepat. Sekian