
sam
5 tahun
Kerap buang air kecil berkaitan masturbation
saya lelaki dalam 20-an mengalami kerap buang air kecil. Sebelum ini, saya pernah melakukan masturbation. Keesokan harinya, saya mengalami kerap buang air kecil. Adakah perbuatan masturbation punca kerap buang air kecil ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kerap buang air kecil ini boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Radang saluran/pundi kencing/prostat - akibat alahan pada sabun atau bahan kimia
- Penyakit kencing manis
- Masalah hormon yang mengawal air
Onani boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing atau pundi kencing dan seterusnya menyebabkan masalah kekerapan kencing. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.