
Sulit
5 tahun
Kerap buang air kecil dn berdarah
Sy wanita berusia 30tahun mpunyai seorg anak. Sy ada sedikit masalah iaitu sy rasa sakit d bahagian bawah perut sewaktu buang air kecil dan semasa buang air kecil 2 ada sedikit darah keluar. Utk makluman… semlm sy afa tahan buang air kecil…selepas drpd sy tahan buang air 2 terus jadi seperti ini. Adakah apa y sy alami ini membahayakan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap buang air kencing ini boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi air kencing
- Batu karang dalam saluran/pundi kencing
- Penyakit kencing manis
- Penyakit prolaps rahim (kejatuhan struktur rahim)
- Masalah dalam pelvis seperti fibroid yang menekan pundi kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.