
Sulit
3 tahun
Kerap cramp perut, susah buang angin, sakit perut, kencing x lawas
Boley bgthu saya sakit ap ya, setiap Kali anak terlangar mesti sakit perut ya, setiap Kali g klinik doc ckp kencing x lawas, nak berak susah, kentut x boley

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di bahagian perut jika terlanggar, kencing tidak lawas, sembelit dan tidak boleh melepaskan gas dan anda ingin mengetahui tentang masalah kesihatan yang mugkin sedang dihidapi.
sebagai pengetahuan anda, simptom sakit dibahagian perut boleh disebabkan oleh beberapa jenis penyakit bergantung kepada lokasinya, antara penyakit tersebut adalah:
- Keradangan
- Hernia (angin pasang)
- Penyakit Crohn
- Stress
- Ketidakhadaman
Antara penyakit dalam kategori ginekologi yang boleh menyebabkan sakit perut adalah:
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
Penyakit diatas juga boleh menyebabkan simptom sembelit dan tidak boleh mengeluarkan gas bergantung kepada lokasi dimana berlakunya penyakit tersebut. Hal ini kerana, jika gangguan kesihatan adalah di kawasan sekeliling usus besar yang boleh mengakibatkan gangguan kepada aktiviti penghadaman dan penyerapan usus, perjalanan produk perkumuhan akan terbantut yang seterusnya akan menyebabkan berlakunya sembelit dan tidak boleh melepaskan gas.
Selain daripada penyakit diatas, penyakit batu karang dan jangkitan kuman dalam sistem kencing juga boleh menyebabkan simptom kencing tidak lawas.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.