
nurfahanim98
6 tahun
Kerap kali sakit kepala
Assalaimualaikum Doktor,
Saya wanita dalam 20-an yang kerap kali mengalami sakit kepala sejak dibangku sekolah lagi sehingga kini.
Setiap kali sakit itu menyerang pasti penglihatan saya akan kabur dan disusuli dengan sakit kapala , rongga mata ,leher dan sering loya2 dan muntah.
Baru2 ini simpton lain jgk ada muncul seperti kebas dirahang dan jari-jari tangan tetapi simpton2 ini jarang2 berlaku.
Bolehkah doktor memberi penjelasan dan bagaimana cara merawatnya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC). Antaranya ialah paracetamol dan NSAIDs.
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih