Sulit
5 tahun
Kerap kecing, sakit pinggang dan sakit semasa seks
hi, saya umur 21, pada umur saya 20 saya telah mengalami keguguran di usia kandungan 7bulan… selepas itu sy mengalami msalah kerap kencing sampai la sekarang, terkadang 30 minit sy akan ke tandas beberapa kali walaupn tidak meminum air… saya juga mengalami sakit semasa seks. sy merasakan seperti kemaluan suami sy tersentuh sesuatu di dalam miss v saya . adakah rahim saya jatuh atau bagaimana? ia sangat mengganggu sy sehingga sekarang,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































