
rajashahriman90
5 tahun
Kerap kencing dan kencing berbuih
Salam doktor…sy lelaki brumur 29 tahun…sy mgalami gejala kerap kecing sejak bulan 3/2019…lepas mnum air masak dalam.20-30 minit terus rasa nk kencing…lepas kencing dlm 20-30 minit nk kencing lg…kencing ok xde sekat2 atau xlawas…kecing ad buih2…kdg2 xde…tp kbnyakan brbuih…dh pergi hospital…dh check semua darah,semua ujian darah…doktor ckp ok…drah xde masalah…cuma dlm air kencing ad sedikit protein…dh buat scan buah pinggang…doktor xde bg pape ubat buat masa skrg ni…last temujani bulan 6 next temujanji bulan 10…doktor hny ckap dpt monitor je kandungan protein dlm air kencing…ada ubat ke tuk masalah sy ni doktor?terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap kencing dan kencing berbuih ini boleh disebabkan:
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya
- Penyakit auto-imun yang menyerang buah pinggang
- Penyakit kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.