
Sulit
4 tahun
Kerap kencing dan tak lawas
Hi doctor, saya mengalami kerap kencing. Selepas kencing after 1minutes still rasa nak kencing. Kencing tak lawas. Saya dah check no infection, full blood checkup to see my kidney and sugar everything fine. What should I do doctor? Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anda. Sebaiknya anda dirujuk kepada doktor dan menjalani pemeriksaan sekali lagi. Masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Anda boleh ke klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta terdekat, sekiranya perlu anda akan dirujuk kepada pakar. Anda juga boleh terus berjumpa pakar di hospital swasta sekiranya berkemampuan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih