
Sulit
3 tahun
Kerap kencing kerana prostat
Salam/selamat pagi…saya berusia 61 tahun mengalami masalah kerap kencing pada waktu malam…saya telah berjumpa doc.dan diberi ubat harnal tamsulosin,saya tidak memakannya secara rutin,tetapi apabila berulang 2/3 malam barulah saya memakannya.apakah nasihat doctor tentang perkara ini

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun disebabkan terdapat kekurangan maklumat tentang latar belakang kesihatan anda, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk mengikut dos yang diberikan oleh doktor anda. Tidak mengikut rutin atau dos yang diberikan doktor boleh menyebabkan gejala bertambah teruk dan tidak bertambah baik.
Selain daripada masalah prostat, masalah kerap kencing juga boleh berlaku disebabkan:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.