
Sulit
4 tahun
Kerap kencing kerap kencing
Hi doktor saya lelaki berumur 23 tahun saya tiap hari minum air mineral 2 litre tapi hampir setiap 2 jam saya kencing lagi lagi cuaca sekarang ni yg sejuk. Ada apa apa yg saya perlu ambil perhatian yg lebih ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kerap kencing.
Untuk makluman anda, kekerapan kencing seseorang dipengaruhi oleh jumlah air yang diminum dan juga faktor cuaca persekitaran. Sekiranya kekerapan bertambah seiring dengan cuaca sejuk dan pengambilan air yang banyak, ianya tidak perlu dirisaukan.
Namun kerap kencing yang disertai gejala lain seperti di bawah, perlu di ambil perhatian kerana ia boleh memberikan tanda penyakit lain:
- Sukar untuk memulakan kencing
- Air kencing bertukar warna seperti merah dan lain lain
- Sakit ketika kencing
- Kencing tersekat sekat
- Kencing yang tidak boleh tertahan
- Air kencing berbuih
Sekiranya anda masih meragui keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor di klinik bagi mengetahui keadaan sebenar anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.