
fatenazureen
2 tahun
Kerap kencing selepas mengambil acid folik
saya wanita berumur 30 tahun. baru berkahwin dan sedang merancang keluarga.sy ada terbaca akan kebaikan mengambil acid folic semasa merancang keluarga tapi bila sy mengambil 1 biji acid folic sehari sy kerap menbuang air.kekerapan ke toilet sekali setiap sejam.adakah sy patut berhenti pengambilan acid folic tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, asid folik ini bagus untuk mengelakkan masalah neural tube defect sewaktu kandungan.
kesan yang boleh didapati melalui asid folik:
- Tiada selera makan
- Alahan/ sensitif terhadap asid folik menyebabkan muntah, cirit-birit dan ruam
- Muka kemerahan dan panas
- Letih dan lesu
Dalam maklumat kami, asid folik tidak membuatkan kerap kencing.
Kerap kencing boleh disebabkan perkara berikut:
- Kerap minum air
- Kencing manis
- Masalah buah pinggang
- masalah eletrolit (Tinggi kalsium)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.