
Anonymous
5 tahun
Kerap kencing , tapi sedikit-sedikit keluar
Saya wanita berumur 22 tahun dan berkerja sbb pembantu jualan , skg ni sy kerap kencing yg sakit d penghujungnya , selang berapa minit sy nk ke tandas lg , tp kluar sikit sikit , sakit ni belanjut 2mggu hingga pinggang sya mula rasa sakit diikuti sesak nafas. Apa yg perlu sya buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Oleh sebab anda mengalami gejala gejala lai seperti sakit pinggang dan sesak nafas adalah amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.