
ibieyybieyy
6 tahun
Kerap ketandas dan rasa nyeri pada bahagian pundi kencing
saya wanita berumur 19 tahun , sakit ini baru sehari.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Namun begitu, disebabkan anda juga sakit pada pundi kencing serta kerap ke tandas, anda mungkin mengalami masalah lain seperti jangkitan pada pundi kencing atau masalah saraf. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.