
Sulit
4 tahun
Kerap merasa sejuk hujung jari kaki dan tangan dan kerap membuang air kecil
Saya wanita berumur 26tahun. Saya mempunyai masalah iaitu kerap merasa sejuk pada hujung jari kaki dan tangan. pasang kipas pada kelajuan satu pun saya dah rasa sejuk dan tidur berselimut dalam cuaca panas terik. Saya tak boleh duduk lama dalam aircond, mesti saya rasa sejuk dan nak buang air kecil. Bila saya dalam berkeadaan sejuk, saya akan lebih kerap membuang air kecil. Adakah ini satu penyakit? Doktor ada penjelasan mengenai perkara ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Fenomena Raynaud - yang disebabkan oleh saluran darah mengecil diameternya ketika sejuk
- Penyakit hipotiroid
- Penyakit kencing manis
- Jangkitan saluran air kencing
- Fisiologi normal
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti durasi gejala ini serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.