natasyadillahmad29
6 tahun
Kerap pening kepala dan sering berpeluh
Saya berusia 24 tahun. Baru kebah dari demam. Dan sekarang kerap pening kepala dan sering berpeluh. Saya berasa lapar namun bila tengah makan, seperti terbantut selera dan sakit kepala datang menyerang secara tiba tiba dan membuat saya sakit mata sebelah kanan. Saya ada juga memeriksa tahap gula dalam darah dan bacaannya 4.6 setelah 2jam saya makan. Adakah itu normal? Dan pening kepala disebabkan faktor apa?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan simptom anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan anda mengalami keadaan ini. Antaranya adalah
- Jangkitan kuman
- sakit telinga dan tinnitus
- Migraine
- Ketidakseimbangan electrolyte dalam badan
- Masalah thyroid
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!

































