
Anonymous
4 tahun
Kerap pitam setelah menaiki tangga atau melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat
saya berumur 23 tahun dan juga seorang pelajar di salah sebuah universiti…saya mempunyai masalah apabila saya seringkali pitam setelah menaiki tangga ataupun melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat…jadi perlukah saya menjalani pemeriksaan di hospital?..

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untk makluman anda pitam boleh disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya:
- Hipoglisemia (kurang gula dalam darah)
- Tekanan darah rendah (Hipotensi)
- Anemia (Kurang darah) dan sebagainya
Bagi mebuat suatu diagnosis yang tepat, konsultasi lanjut dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan terlebih dahulu agar rawatan yang terbaik dapat diberikan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.