
Sulit
4 tahun
Kerap sakit belakang kerana payudara besar
saya wanita berusia 19 tahun mempunyai payudara besar tidak sesuai dengam bentuk tubuh saya yang kecil dan pendek,kerao sakit belakang yang teramat dan sukar untuk tidur diwaktu malam,saya amat tetekan kerana payudara besar yang menganggu penampilan saya,sukar mencari bra yang sesuai kerana bentuk tubuh yang kecil dan mempunyai bentuk payudara yang besar,contohnya ukuran cup sesuai dengan bentuk payudara tetapi bahagian lilit bawah payudara hanya 25 inci,manakala bahagian ukuran payudara 35 inci,tiada sebarang ubat untuk mengecilkan payudara adakah saya perlu melakukan pembedahan dan berapa kos yang perlu ada untuk pembedahan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya sakit belakang juga boleh disebabkan oleh:
- tabiat memposisikan diri ketika duduk dan baring dengan cara yang salah
- faktor kerja atau rutin mengangkat barang berat atau melebihi kapasiti tubuh
- gangguan muskuloskeletal
Maka saya sarankan anda untuk bertemu dulu dengan doktor agar gejala yang anda alami dapat ditindaki sesegera mungkin.
Untuk kos rawatan breast reduction di sektor kerajaan, saya sarankan anda untuk mendapatkan kos rawatan tersebut di hospital yang mempunyai sarana yang bersangkutan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.