
Sulit
5 tahun
Kerap sakit belakang
saya faiz,saya megalami sakit belakang dan sy terfikir memakai bengkung,adakah masalah saya akan selesai?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot belakang - akibat postur duduk atau berdiri yang tidak kondusif
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc” akibat mengangkat barang berat atau kecederaan
- Masalah buah pinggang - seperti batu karang atau jangkitan kuman
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Pemakaian bengkung mungkin tidak dapat membantu masalah ini jika ianya berkait dengan masalah selain ketegangan otot. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.