
Sulit
4 tahun
Kerap Sakit Kepala dan Sangat Membimbangkan
risau . last year , saya sakit kepala selepas habis sch . saya search bahagian² sakit kepala . and more to stress . saya jd tertanya bila waktu ketikanya stress ataupun saya tak cukup rest . saya rujuk 1st clinic and I got pain killer and ubat angin . 2nd clinic I got pain killer and vitamin . and then okay .
a few month , sakit kepala datang again . but okay la . tak pi klinik . then okay
and now , sakit kepala datang lg . doc bg painkiller yg biasa and dose tinggi . doc pesan tidur kena cukup .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala yang kerap berulang. Untuk makluman anda, masalah seperti ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda disarankan untuk tidur dengan cukup sekurangnya kira-kira 6-8 jam sehari bagi orang dewasa.Namun, sekiranya masalah ini masih kerap berlaku, atau anda mengalami tanda-tanda seperti penglihatan kabur, rasa hendak pitam dan sakit yang terlalu hebat, maka anda amat disyorkan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor dan memberikan aduan ini agar pemeriksaan teliti dapat dijalankan sekaligus rawatan tepat dapat diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.