
Sulit
3 tahun
Kerap sakit kepala di bahagian dahi dalam tempoh 2 tahun
Saya pelajar perempuan berumur 17 tahun. Saya kerap sakit kepala dalam tempoh 2 tahun ini. Saya kerap mengalami sakit kepala di bahagian dahi. Kadang-kadang seminggu sekali dan dalam masa sebulan boleh menghadapi masalah ini sehingga 6-7 kali. Dan kadangkala sakit kepala menyebabkan saya rasa sejuk badan. Apakah punca terjadinya perkara ini?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Migrain
- Tension type headache
- Cluster type headache
- Sinusitis
- Meningitis
- Encephalitis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor