
Sulit
3 tahun
Kerap sakit kepala sehingga menggangu rutin harian
Sya berumur 22 tahun dan pada tahun lps telah dijangkiti covid 19… tapi beberapa minggu ni sya kerap sakit kepala dan simptom2 covid muncul kembali. Pada 6/7/2021 sya telah dikejarkan ke hosp bahagian kecemasan disebabkan demam panas, sakit dada, sakit kepala dan beberapa simptom lain. Sya perlu ambil darah dan swab test utk check covid 19 dan masuk air dalam badan, alhamdulillah result -ve covid. Tapi setelah beberapa hari sya masih mempunyai masalah sakit kepala yg sama seperti sebelum ini dan menganggu rutin harian sya, adakah ini normal ataupun ada sebab lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit kepala dengan kerap. Untuk makluman anda, bekas pesakit Covid-19 akan mempunyai imuniti terhadap virus tersebut untuk3-6 bulan. Mereka boleh dijangkiti virus tersebut untuk kali kedua. Namun, memandangkan ujian Covid-19 anda adalah negatif, kami boleh menimbangkan beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan gejala sakit kepala anda.
Antaranya :
- Kekurangan pengambilan air menyebabkan dehydrasi
- Pengambilan minuman berkafein yang berlebihan
- Kekurangan tidur
- Stres
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tension
Anda memaklumkan bahawa sakit kepala anda mengganggu rutin harian anda. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya masalah anda dapat disiasat puncanya dan seterusnya dirawat.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.