Anonymous
6 tahun
Kerap sakit kepala untuk jangka masa panjang
Baru baru ni saya lagi kerap sakit kepala mungkin disebabkan cermin mata yang saya pakai dah due untuk tukar. Tetapi, masa yang sama atas kepala saya kerap sangat sakit. Dan dulu lagi dari 2017-2018 macamtu saya kerap sangat sakit kepala dan minta untuk ibu tarik rambut saya untuk saya rasa kurang sakit tu. Lepastu, saya jadi terbiasa. And skrg, bila takbuat lagi saya taktahu nak buat macam mana untuk rasa ringankan kepala ni. Sbb atas kepala saya slalu sangat sakit. adakah disbabkan saya slalu buat kerja menggunakan pc dan phone ? Apa yg perlu saya buat
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit kepala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- migraine
- tension type headache
- Cluster headache
- Muscle contraction tension headache
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































